Akaun suwab.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Sistem Mudah Rekod & Urus Duit Bisnes
DUIT ADALAH PENYEBAB UTAMA SESUATU BISNES ITU
BERJAYA, CUKUP-CUKUP ATAU TERLINGKUP

Jika duit bisnes tidak diurus dengan baik, mungkin boleh menyusahkan anda dimasa akan datang. Dan menjadi punca berlakunya situasi seperti :

  • TAK nampak untung walaupun banyak jualan
  • TAK mampu nak kembangkan bisnes
  • TAK mampu nak upah pekerja
  • LAMBAT bayar gaji staff
  • TAK dapat nak bagi bonus tahunan / kenaikan gaji
  • Terpaksa TUTUP bisnes
  • Tambah HUTANG / MODAL supaya dapat teruskan bisnes
  • BERGADUH dengan rakan kongsi
  • Dan macam-macam lagi masalah boleh berlaku.

Antara RAHSIA syarikat-syarikat dan perniagaan yang berjaya adalah kerana mereka mengurus duit bisnes dengan bijak. Mereka urus dan kawal perbelanjaan, mereka merancang & tahu kemana setiap sen itu perlu digunakan, mereka juga mempunyai simpanan yang boleh dilaburkan untuk menambah lagi keuntungan syarikat. Dan mereka mudah untuk dapatkan pelabur atau bantuan pinjaman.

Jika anda ingin berjaya seperti mereka, anda perlukan satu sistem yang boleh beri maklumat atau laporan mengenai kedudukan kewangan binses anda. Yang bukan sekadar rekod duit keluar masuk, tetapi turut boleh bantu dan mudahkan anda urus duit bisnes.

Maklumat & laporan bulanan seperti :
  • Jumlah duit keluar masuk
  • Jumlah pendapatan & perbelanjaan
  • Jumlah untung / rugi
  • Jumlah hutang yang belum dibayar / diterima
  • Jumlah nilai aset dan stok
  • Jumlah baki tunai, dan sebagainya.


Namun tidak semua dari kita yang bercita-cita untuk berjaya mempunyai pengetahuan atau kemahiran dalam pengurusan kewangan. Lebih-lebih lagi ketika berada dalam fasa baru bermula yang mana tentunya mahu mengurangkan kos dan terpaksa melakukan sendiri pelbagai kerja-kerja pengurusan. Kebanyakan sistem dijual dengan harga yang mahal atau terpaksa langgan setiap bulan.

Tetapi..

Alhamdulillah, saya berjaya menyediakan satu sistem khas yang MUDAH lagi MURAH versi Microsoft Excel (ME). Yang hampir setanding dengan sistem mahal diluar sana bagi membolehkan anda mengurus duit bisnes dengan lebih baik. Dan mudah-mudahan dapat membantu anda mencapai matlamat yang diinginkan, Insyaallah. Iaitu dengan menggunakan template 'Sistem Mudah Rekod & Urus Duit Bisnes' atau nama singkatannya ialah SMART.




Sistem Mudah Rekod & Urus Duit Bisnes (SMART)

(Halaman Utama SMART)


Seperti yang anda lihat pada gambar diatas, terdapat 4 bahagian iaitu 'Akaun Utama', 'Aliran Tunai', 'Akaun Urus Niaga' dan 'Inventori'. Ini bermakna anda hanya perlu melakukan 4 langkah sahaja, iaitu :-


1. Akaun Utama :: Buat tetapan maklumat mengikut kegunaan dan keperluan perniagaan anda (sekali sahaja).

2. Akaun Urus Niaga :: Rekod jumlah sebenar belanja dan hasil bulanan berdasarkan invois dan bil. 

3. Aliran Tunai :: Rekod transaksi duit keluar dan masuk.

4. Inventori :: Rekod baki awal dan akhir stok setiap bulan (untuk bisnes yang menyimpan stok).


Dari 4 langkah mudah ini, anda sudah dapat lihat rekod-rekod penting dan laporan kewangan seperti aliran tunai bulanan, pendapatan, perbelanjaan, hutang, nilai aset, untung rugi dan sebagainya. Sekaligus memudahkan anda untuk urus duit bisnes dan dapat buat keputusan dengan lebih bijak. Anda boleh :

  • Lihat POTENSI bisnes
  • PANTAU aliran tunai
  • KESAN masalah / risiko lebih awal
  • RANCANG & KAWAL perbelanjaan untuk elak kerugian (besar / berterusan)
  • KURANGKAN kos
  • AGIHKAN dividen keuntungan & simpanan
  • TAMBAH keuntungan
  • URUS hutang & aset
  • Dan sebagainya




Antara fungsi-fungsi yang terdapat pada sistem SMART


  •  Jualan, Belian dan Belanja Tunai  ::  Untuk urus niaga secara tunai
  •  Penghutang  ::  Jualan secara kredit
  •  Pemiutang  ::  Belian secara kredit
  •  Lain-lain hasil  ::  Untuk hasil selain tunai seperti sewa dan sebagainya
  •  Pelaburan  ::  Aktiviti pelaburan lain yang boleh memberi keuntungan jangka pendek atau panjang
  •  Gaji Pekerja  ::  Bahagian gaji pekerja, epf, socso dan sebagainya.
  •  Sewa, Bil & Utiliti  ::  Lain-lain perbelanjaan tetap bulanan
  •  Aset Tetap  ::  Untuk maklumat kos, ansuran dan susut nilai aset tetap
  •  Pinjaman Perniagaan  ::  Untuk bayaran balik pinjaman
  •  Lain-lain perbelanjaan  ::  Lain-lain belanja langsung dan tidak langsung
  •  Nilai Stok  ::  Untuk menentukan nilai baki stok awal dan stok akhir
  •  Ekuiti & Dividen  ::  Maklumat modal pemilik, ambilan, pembahagian keuntungan dan bayaran dividen
  •  Laporan Kewangan  ::  Laporan automatik aliran tunai, untung rugi, kunci kira-kira dan prestasi kewangan



Untuk gambaran yang lebih jelas, lihat beberapa screenshot dibawah..


REKOD ALIRAN TUNAI KELUAR DAN MASUK


Anda hanya perlu pilih ruang transaksi aliran tunai masuk atau keluar, kemudian masukkan tarikh transaksi, pilih jenis kategori / akaun urus niaga beserta butirannya dan masukkan amaun transaksi. Anda boleh melihat jumlah aliran tunai masuk dan keluar beserta baki tunai dan tunai bersih yang diperolehi pada bulan tersebut.

Secara tidak langsung dapat membantu anda mengurus dan mengawal aliran tunai semasa supaya dapat mencapai objektif bulanan kewangan bisnes.



LAPORAN AUTOMATIK BAKI TERAKRU & TERDAHULU


Terdapat fungsi Asas Akruan yang merekodkan laporan hasil atau belanja terakru (kurang) dan terdahulu (lebih) secara automatik selain tunai bagi kesesuaian pelbagai jenis urus niaga. Seperti akaun penghutang, pemiutang, gaji pekerja, bil dan utiliti yang adakalanya pembayaran dibuat bukan dalam tempoh urus niaga tersebut berlaku. Ini memudahkan anda untuk melihat rekod-rekod terkini urus niaga seperti :-

  • Jumlah belian / jualan kredit
  • Jumlah pulangan belian / jualan
  • Jumlah diskaun diterima / diberi
  • Jumlah yang perlu dibayar / diterima
  • Jumlah yang telah dibayar / diterima
  • Jumlah baki yang belum dibayar / diterima
Kemudahan ini dapat membolehkan anda memantau dan mengurus kewangan dengan lebih cepat dan cekap berdasarkan situasi semasa perniagaan.


LAPORAN BAKI PINJAMAN & ANSURAN ASET TETAP


Jika anda mempunyai pinjaman perniagaan atau bayaran ansuran aset tetap, anda juga boleh mengetahui status terkini hutang syarikat melalui laporan semasa seperti bayaran faedah dan baki pokok yang belum dibayar. Yang mana dapat membantu anda untuk mengawal dan mengurus hutang syarikat dengan bijak disamping dapat meningkatkan pertumbuhan perniagaan. 



LAPORAN SUSUT NILAI ASET TETAP


Bagi aset-aset tetap yang mempunyai susut nilai, sistem akan mengira jumlah susut nilai tahunan dan bulanan secara automatik dan akan direkod pada laporan untung rugi berdasarkan tarikh diperolehi, kos aset dan anggaran jangka hayat aset melalui kaedah garis lurus (straight line). Dan ini dapat membantu memberi kesedaran awal kepada anda mengenai keadaan dan kemampuan aset bagi membuat persediaan yang sebaiknya. 



AKAUN EKUITI PEMILIK / PEKONGSI


Akaun Ekuiti adalah untuk anda melihat rekod modal masuk & keluar, ambilan tunai & stok (bagi kegunaan peribadi pemilik / rakan kongsi), jumlah gaji atau pinjaman yang belum dibayar dan juga perkongsian untung rugi perniagaan. Jika anda menjalankan perniagaan secara perkongsian, fungsi ini sudah tentu sangat diperlukan.



PROFIT SHARING


Menjalankan perniagaan secara perkongsian atau usahasama sangatlah digalakkan terutama bagi usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan. Sistem SMART menyediakan kemudahan fungsi pembahagian keuntungan dengan hanya perlu menetapkan jumlah peratus perkongsian yang telah ditentukan untuk memperolehi bahagian keuntungan bersama rakan kongsi. 



AGIHAN & BAYARAN DIVIDEN


Rasanya fungsi agihan dividen ini yang paling menarik :). Untuk memastikan perniagaan anda dapat berkembang, anda tidak sepatutnya mengambil kesemua keuntungan yang diperolehi. Tentukan jumlah dividen yang dipersetujui untuk diagihkan bersama rakan kongsi. Dan sistem akan agihkan dividen mengikut jumlah peratus yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat ambilan, sistem juga akan tolak siap-siap jumlah ambilan tersebut. Dan jumlah bersih adalah jumlah yang perlu dibayar kepada pekongsi. Tak perlu gaduh-gaduh.



LAPORAN KEWANGAN


Laporan kewangan sangat diperlukan dalam perniagaan supaya anda boleh mengetahui kedudukan semasa kewangan syarikat, untung rugi perniagaan, kekuatan aliran tunai dan sebagainya. Dalam masa yang sama boleh membantu anda menilai prestasi, potensi, risiko dan kemampuan perniagaan dalam membuat sebarang perancangan atau keputusan penting untuk masa depan perniagaan dan syarikat.  

laporan seperti aliran tunai, untung rugi, kos langsung dan kunci kira-kira dihasilkan secara automatik dari rekod urus niaga 'Aliran Tunai' dan 'Akaun Urus Niaga'.



CARTA & RATIO PRESTASI KEWANGAN


Terdapat juga laporan carta dan ratio bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kedudukan kewangan syarikat dan prestasi perniagaan. Panduan ringkas serta cara menggunakan template SMART juga akan turut disediakan.


Video ringkas untuk melihat paparan dan penggunaan template SMART



Dengan adanya data, rekod dan laporan kewangan dari template SMART ini, anda mampu mengurus duit bisnes dengan lebih terancang dan teratur untuk mencapai objektif perniagaan seperti memaksimumkan keuntungan, meminimumkan kos, menguruskan aset tetap dan aset semasa dengan baik dan memastikan aliran tunai dapat memenuhi visi dan matlamat syarikat. Anda juga mungkin mampu merancang belanjawan mengikut kesesuaian dana syarikat kelak. :)  


  • Disediakan dalam bahasa melayu
  • Mudah untuk digunakan
  • Tiada langganan bulanan (Sekali bayar sahaja)
  • Boleh guna untuk lebih dari 1 bisnes
  • Pengurusan kewangan untuk 12 bulan

Sekiranya anda benar-benar mahu mendapatkan sistem SMART ini, dapatkan hari ini pada harga pengenalan yang sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki.



HARGA PENGENALAN : RM30 (TAMAT)
RM60 sahaja
Dan tentunya harga akan dinaikkan lagi apabila terdapat kemaskini terbaru & penambahbaikan versi dibuat. :)

Untung bagi anda yang dapatkan pada harga terendah sebab anda juga akan dapat :
1. Bantuan sokongan yang berterusan
2. Dapat update terbaru PERCUMA (Versi ME)
3. PERCUMA template Kalkulaor Kos Bisnes (Terhad)



NOTA TAMBAHAN :
Sistem SMART mempunyai 2 kategori berasingan. 1 untuk Trading & Servis dan 1 lagi untuk Pengeluar / Pembuatan. Sekiranya anda tidak pasti kategori bisnes yang anda jalankan, pilih mana-mana kategori yang disediakan dan pastikan anda menyatakan bisnes yang anda jalankan. Dan saya akan nilai kategori sistem yang sesuai untuk diberikan kepada anda.

MASIH ADA PERTANYAAN?